Selamat datang ke laman web kami

Masakan Asli Negeri Sembilan 

Latest news

Ikut kami di Instagram

CENDAWAN DAN KHASITNYA

Hadis berkaitan dengan cendawan adalah dari Said bin Yazid bin Amru bin Nufail ra yang Rasulullah saw bersabda
CENDAWAN DAN KHASITNYA Hadis berkaitan dengan cendawan adalah dari Said bin Yazid bin Amru bin Nufail ra yang Rasulullah saw bersabda "Al-Kam-at (cendawan) adalah sejenis manna (sejenis makanan) yang diturunkan Allah Taala kepada Bani Israil yang airnya mengandungi ubat bagi penyakit mata " (Al-Imam Muslim - Terjemahan Hadis Shahih Muslim) Cendawan atau Kulat merupakan sejenis hidupan yang tumbuh sendiri atau boleh diusahakan menanamnya. Pasti ramai diantara kita yang suka makan makan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. Mungkin ada diantara kita yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau batang kayu atau media penanamannya (jerami, habuk kayu, kapas dan sebagainya) sebagai sumber nutriennya. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan Cendawan kini telah pun turut diiktiraf sebagai kumpulan herba yang berguna kepada manusia terutama untuk dijadikan produk kesihatan atau makanan kesihatan Dari Said bin Zaid bin Amru bin Nufail ra katanya: Aku pernah mendengar Nabi saw bersabda: “Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang sangat istimewa) dan dapat mengubati mata” Terdapat beberapa kajian yang mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin didalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Cendawan Kukur atau dipanggil juga Kulat Sisik atau Kulat Sisir atau Jamur Gerigir merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Cendawan ini berbentuk kulit kerang berwarna coklat kelabu gelap dan keluar selepas waktu hujan untuk kita mudah memetiknya. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Terbaca satu kajian yang mendapati cendawan kukur mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat anti tumor dan kanser #ZAINISALAIHOUSE #ResepiNenekMoyangDuludulu